SEJAK berabad lamanya, barang kemas seperti emas, intan, berlian, zamrud dan sebagainya menjadi perhiasan berharga kepada golongan wanita.
Tidak dapat disangkal lagi, barangan kemas selain menjadi barangan perhiasan peribadi diri ia juga sebagai simbol kepada kekayaan dan tuah kepada si empunya diri.
Penilaian terhadap emas semakin bertambah, si pencinta kepada barangan kemas menjadikan setiap koleksi menjadi buruan tambahan pula dengan adanya perekanya yang semakin dapat menyerlahkan motif reka bentuk yang menarik dan dapat memberikan sejuta ilham kepada mereka yang memandang.
Motif hati umpamanya, sejak berzaman memberikan satu pandangan yang positif tentang kemahiran si pembuat barangan kemas sejak peradabannya.
Motif hati memberikan inspirasi kebudayaan dan kemodenan yang merupakan simbol mendalam secara global sekiranya bercerita mengenai emosi, perasaan, kehangatan dan keintiman cinta.
Memandang mengenai simbol yang dibawakan oleh motif hati, itu yang akan disampaikan oleh setiap koleksi Mouawad Le Coer yang telah mencipta pelbagai persepsi cerita cinta yang diceritakan sejak zaman berzaman menerusi rekaan setiap satunya.
Memberikan interpretasi berbentuk glamor sehinggalah kepada kecintaan dan kehangatan kasih, memberikan lebihan ilham kepada berlian, nilam dan delima.
Set ini mengemukakan koleksi perak, emas putih 18 karat, warna kuning dan emas ros Le Coeur yang sesuai untuk semua majlis ditambah dengan pembuatan kombinasi yang sangat menarik dan sempurna menjadikannya ia satu pilihan yang sesuai untuk semua.
Setiap satunya direka umpama permata hiasan berlian yang koleksinya membawa bersama umpama mentera yang elegan setiap satunya merupakan koleksi Mouawad.
Pastinya koleksi seperti ini dapat menyentuh hati wanita di mana sahaja mereka berada kerana penampilannya yang unik dan klasik.
Kesemua koleksi Mouawad ini boleh didapati di galerinya di Bukit Bintang.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: