Saturday, February 18, 2012

Syahrini tiada teman lelaki




JAKARTA - Penyanyi Indonesia, Syahrini (gambar) mendedahkan dia tidak mempunyai teman lelaki kerana sibuk dengan kerjaya sehingga tidak terfikir untuk menjalin hubungan dengan mana-mana lelaki.

"Saya terlalu sibuk untuk mencari seorang teman lelaki.

"Namun ia bukan bersifat selamanya, cuma belum tiba masanya lagi," katanya.

Bagaimanapun, penyanyi itu mengakui dia pernah menerima hadiah istimewa daripada seorang teman dan sehingga kini tidak melupakannya.

"Saya pernah menerima hadiah istimewa daripada seorang teman lelaki dan tidak akan melupakan kenangan tersebut sehingga mati," ujarnya sambil bertegas merahsiakan jenis hadiah yang diterimanya.

Walaupun tidak mempunyai teman lelaki, namun penyanyi tersebut masih mempunyai sahabat-sahabat yang sentiasa menyokong kerjayanya.

"Saya masih dikelilingi rakan-rakan yang sentiasa menyokong perjalanan seni saya dan gembira dengan kehidupan kini," jelasnya sambil tersenyum.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: