Berharap hubungan kembali pulih
Kisah percintaan dua pelakon muda, Shahrizal Jaszle dan Miera Liyana bukan lagi rahsia. Sejak awal, kedu-dua nya tidak merahsiakan hubungan yang terjalin daripada media mahu pun peminat.
Bagaimanapun, dalam meniti perhubungan yang penuh debunga cinta, timbul pula cerita sang teruna berselingkuh, sehingga si dara merajuk membawa hati yang lara.
Tidak terus berselindung dengan khabar duka ini, baik Shahrizal mahupun Miera, kedua-duanya mengaku hubungan cinta yang baru lima bulan terjalin ini berada di tahap paling kritikal.
Walaupun Shahrizal dilihat beria-ria mencuba memulihkan percintaannya, tetapi lain pula halnya dengan Miera. Pelakon berusia 19 tahun ini mengakui dia telah tawar hati dengan kekasihnya itu, selain mendakwa mempunyai bukti kecurangan hero Azura itu.
“Sejujurnya, saya tidak tahu bagaimana untuk menjelaskan situasi perhubungan kami ini. Sehingga kini, Miera masih merajuk dan enggan berbincang, saya tidak anggap hubungan ini telah berakhir. Tetapi saya tidak menafikan ia masih berada di tahap kritikal.
“Walaupun saya telah berkali-kali jelaskan keadaan sebenar, Miera masih tidak percaya dan tetap termakan hasutan orang lain yang tidak menyenangi hubungan kami.
“Dia juga masih marahkan saya dan saya mahu beri dia masa untuk berfikir dengan tenang. Namun, seandainya hubungan ini tidak dapat dipulihkan dan Miera tidak lagi mencintai saya seperti dahulu, saya sedia lepaskan dia. Mungkin itu jalan terbaik,” jelas Shahrizal berterus-terang, semasa ditemui selepas majlis pra-tonton filem terbaru lakonannya, Azura di One Utama, kelmarin.
Krisis di Australia
Sementara itu, menyentuh mengenai kemelut yang berlaku, Shahrizal berkata, dia menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) dari Miera sehari sebelum pulang ke Malaysia semasa menjalani penggambaran di Australia, baru-baru ini.
Dalam SMS tersebut, Miera mengakui kecewa kerana mempunyai bukti kecurangannya dan ingin memutuskan perhubungan.
“Ketika menerima SMS itu, saya jadi blur seketika kerana tidak memahami punca sebenar kerana saya pasti tidak berlaku curang seperti yang dikatakannya.
“Sebaik pulang ke Malaysia, saya terus berjumpa dengannya, namun tidak dapat berbincang lama kerana perlu ke Jogjakarta menjalani penggambaran keesokannya.
“Jadi selepas pulang dari Jogjakarta baru saya dapat berbincang dengannya. Saya harap hubungan ini dapat dipulihkan kerana saya benar-benar sayangkan dia dan dia wanita pertama yang saya lamar untuk menjadi suri hidup saya,” katanya yang sudah merencana untuk menghantar rombongan merisik dalam masa terdekat ini.
Thursday, February 2, 2012
Shahrizal masih sayangkan Miera
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: