Wednesday, February 1, 2012

Sentoria majukan taman safari


SEBAHAGIAN daripada kemudahan penginapan yang disediakan di Bukit Gambang Resort City yang menjadi tumpuan para pengunjung khususnya musim cuti persekolahan.


KUALA LUMPUR - Sentoria Group Bhd. (Sentoria), yang akan disenaraikan di Bursa Malaysia Securities Bhd. dalam suku pertama tahun ini, merancang untuk melabur RM48 juta daripada dana dalamannya bagi memajukan sebuah taman safari.

Pengarah Urusan Bersama, Datuk Gan Kim Leong berkata, Taman Safari Bukit Gambang seluas 35.28 hektar di Bukit Gambang Resort City (BGRC), Kuantan, Pahang itu akan memulakan operasi pada akhir tahun.

"Kami yakin taman safari ini akan berjaya seperti taman tema pertama kami," katanya pada majlis pelancaran prospektus tawaran awam permulaan (IPO) di sini semalam.

Kim Leong menjelaskan, taman tema pertama syarikat iaitu Taman Air Bukit Gambang, Kuantan, telah menerima lebih satu juta pengunjung sejak pembukaan BGRC pada Julai 2009.

"Pertambahan taman kedua itu akan menempatkan kami sebagai sebuah destinasi riadah dan hospitaliti terkemuka untuk para pengunjung di Malaysia dan rantau ini," jelas beliau.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: