Wednesday, February 1, 2012

Penduduk resah lori bermaharajalela


SEBUAH treler melalui Jalan Bayu 17, Bandar Seri Alam, Masai, Johor yang mengundang keresahan penduduk.


JOHOR BAHRU - Kira-kira 500 penduduk di Jalan Bayu 17, Bandar Seri Alam, Masai di sini hidup tertekan ekoran kehadiran lori-lori yang bermaharajalela di laluan tersebut.

Menurut penduduk, keadaan itu telah menjejaskan keselamatan penduduk selain pencemaran bunyi dan alam sekitar.

Seorang penduduk, K. Manoharan, 55, berkata, kawasan perumahan tersebut menjadi laluan pelbagai jenis lori sejak dua tahun lalu mengakibatkan kehidupan keluarganya terganggu.

"Kenderaan berat ini termasuk treler mula menggunakan laluan ini seawal pukul 5 pagi sehingga larut malam.

"Bukan sahaja bunyi bising dari enjin kenderaan malah treler misalnya mengeluarkan bunyi dentuman setiap kali melalui bonggol di atas jalan," katanya ketika ditemui selepas mengadukan perkara itu kepada Pusat Aduan Rakyat Permas di sini semalam.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: