Wednesday, February 1, 2012

Tarik anggota JPAM bukan Melayu


ANGGOTA JPAM menunjukkan pingat yang mereka terima pada majlis lawatan rasmi Abu Seman ke JPAM Pulau Pinang di Butterworth semalam.


UTTERWORTH – Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) disaran mengatur program dan strategi menarik bagi menambah bilangan anggota bukan Melayu.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Abu Seman Yusop (gambar kecil) berkata, langkah itu perlu memandangkan nisbah penglibatan orang bukan Melayu dalam JPAM masih rendah berbanding orang Melayu.

“Ini kerja sukarela, adakalanya terdapat kekangan dari segi masa atau masih ada yang tidak tahu tentang JPAM.

“Oleh itu usaha perlu dilakukan untuk memperkenalkan JPAM dan menambah penyertaan orang bukan Melayu,” katanya selepas mengadakan lawatan rasmi ke JPAM Pulau Pinang di sini semalam.

Turut hadir, Timbalan Ketua Pengarah JPAM, Selamat Dahlan dan Pengarah JPAM negeri, Noor Azam Johari.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: