Saturday, February 18, 2012

Riang-ria di taman tema Malaysia


Lost World of Tambun


BAYANGKAN air bersuhu sejuk menyentuh kulit anda ketika cahaya matahari tropika sedang terik. Sambil berenang dalam kawasan berwarna-warni yang dikelilingi sebuah taman umpama kayangan penuh keseronokan. Jeritan kegembiraan dan gelak ketawa sambil mendengar bunyi deruan air pastinya melegakan, selain mencabar keberanian dengan permainan yang disediakan mendebarkan jantung setiap pengunjung taman tema yang terdapat di negara ini.

Minggu ini, S3 membawa pembaca menaiki roller-coaster untuk menempuh pengalaman yang penuh menyeronokkan sambil berhibur di taman tema menerusi ruangan di muka surat ini.

Seperti yang kita tahu, mengunjungi taman tema bukan sahaja boleh melegakan stres atau mengukuhkan keakraban silaturahim di antara ahli keluarga, kawan, rakan sekerja dan saudara-mara tetapi juga mengukuhkan industri pelancongan yang menyumbang kepada pendapatan ekonomi negara.

Lost World of Tambun

Lost World of Tambun dibuka berdekatan dengan Ipoh, Perak. Kawasan taman tema ini dikelilingi oleh bukit batu kapur dan hutan tropika.

Ia amat terkenal dengan pancuran mata air panas dan haiwan liar dalam habitat semula jadi. Dari kawasan lembah yang tidak dikenali, kini Lost World of Tambun menyediakan pelbagai keseronokan kepada pengunjung.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: