Syarikat penerbangan kos rendah terbaik dunia, AirAsia mempertingkatkan laluan dengan menawarkan penerbangan secara terus dari Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT), Malaysia ke Lapangan Terbang Antarabangsa Achmad Yani, Semarang.
Ketua Serantau Komersialnya, Kathleen Tan dalam satu kenyataan berkata, sempena penerbangan sulung bermula 6 Februari itu, AirAsia menawarkan harga serendah RM109 untuk laluan sehala dari Kuala Lumpur ke Semarang, Indonesia.
Menurutnya, tidak hanya menyediakan tambang murah dan membolehkan pelanggan dari Semarang mengakses ke Kuala Lumpur, tetapi menghubungkan penumpang ke lebih 20 negara lain merentasi 160 destinasi.
“Sambutan baik daripada pelanggan menunjukkan permintaan terhadap laluan itu wujud dan AirAsia bersedia membangunkannya sekiranya permintaan meningkat pada masa akan datang.
“AirAsia menerima kira-kira 5,000 tempahan penerbangan dalam tempoh jualan awal destinasi baru pada 12 hingga 18 Disember lalu,” katanya.
Kathleen berkata, tempahan boleh dilakukan bermula 3 hingga 12 Februari untuk tempoh penerbangan pada 8 Februari hingga 30 April ini.
“Kota Semarang menjadi destinasi ke-14 ditawarkan AirAsia kepada pelanggan ke Indonesia. Ia adalah ibu kota Jawa Tengah dikenali sebagai bandar pentadbiran dan perniagaan yang sibuk.
“Kami melihat destinasi terbaru ini sebagai tanda aras keyakinan dalam mengembangkan rangkaian di Asean dalam membantu merangsang pertumbuhan ekonomi di rantau ini,” katanya.
Wednesday, February 8, 2012
Penerbangan AirAsia terus KL-Semarang
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: