WASHINGTON - Seorang pengodam mendedahkan kod sumber perisian antivirus pcAnywhere, keluaran Symantec, sekali gus mencetuskan kebimbangan bahawa pihak-pihak tidak bertanggungjawab akan menceroboh komputer pelanggan yang menggunakan produk firma itu.
Kod perisian itu didedahkan semalam selepas perundingan menerusi e-mel dengan pengodam, yang dikenali sebagai YamaTough, diberikan bayaran AS$50,000 (RM150,000) gagal.
Kandungan e-mel mengenai perundingan disebarkan kelmarin, lapor Reuters.
Pengodam telah berkali-kali mengatakan akan mendedahkan kod sumber perisian tetapi pihak penguat kuasa mahu perundingan diadakan bagi membolehkan firma itu menggunakan masa yang ada untuk menyediakan kod sumber alternatif.
"Symantec sudah bersedia untuk menghadapi situasi jika kod didedahkan," kata jurucakap firma, Cris Paden sambil menambah, pihaknya juga mengambil langkah bagi melindungi kepentingan pengguna menerusi kod sumber alternatif.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: