
SEBAGAI salah satu pemacu jenama terkenal dunia, Davidoff sentiasa menampilkan ciptaan jam tangan berkualiti tinggi dan menjadikan si pemakai sebagai individu yang berada dalam kelas tersendiri.
Sehubungan dengan itu, pameran jam tangan jenama itu telah berlangsung dengan jayanya di Butik Davidoff yang terletak di Adorn Floor, Starhill Gallery.
“Kami amat teruja dengan penglibatan untuk pameran kali ini dan ini bukan penyertaan kali pertama. Saban tahun kami cuba menyokong usaha ini agar pelanggan tahu kami sentiasa menghasilkan yang terbaik buat mereka. Pengalaman yang dimiliki Davidoff menjadikan kami sebagai jenama yang mudah didekati pelanggan dan kualiti penghasilan setiap jam tangan juga dipandang serius,” jelas Pengarah Komersial Davidoff, John Burns.
Tarikan pada pameran kali ini ialah Koleksi Velero yang direka khusus buat lelaki dan wanita yang gemarkan pengalaman baharu dan tidak gentar berdepan cabaran.
Sebilangan tetamu yang hadir juga menerima cabutan bertuah berupa barangan Davidoff dan CIMB bernilai lebih RM15,000. Sebagai penutup majlis, penyanyi bersuara lantang, Jaclyn Victor memukau tetamu dengan persembahan bertenaga beliau.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: