MERAH jambu menjadi warna pakaian popular sepanjang Februari ini. |
BERSEMPENA kehadiran bulan Februari yang dianggap sebagai bulan bagi pasangan kekasih melafazkan cinta, pusat beli-belah borong pertama di Malaysia, Kenangan Whole City (KWC) menawarkan deretan pakaian seperti dres malam ataupun persalinan bagi menghadiri temu janji dengan insan tersayang.
Bukan itu sahaja, sejak 3 hingga 19 Februari lalu, mereka yang membeli dua item warna yang sama dengan maksimum dua resit pada hari yang sama berjumlah RM199 ke atas, layak menebus ganjaran satu patung beruang edisi terhad.
Patung beruang bernama Mr. Right itu juga dijual pada harga RM29.90. Ia menjadi kunci kepada orang ramai bagi memasuki pertandingan yang menawarkan baucar wang tunai bernilai RM200.
Orang ramai yang mempunyai Mr. Right, boleh menghantar gambar mereka bersama patung beruang itu dengan syarat gambar itu diambil dalam kawasan KWC.
Gambar tersebut perlu disertakan dengan kapsyen atau keterangan gambar yang menarik dan dihantar kepada info@kenangacity.com.my.
Pihak KWC telah menaik turun gambar-gambar yang dihantar kepada akaun rasmi Facebook KWC (KenangaWholesaleCityKL) dan gambar yang mendapat jumlah like paling banyak dipilih sebagai pemenang.
Penyertaan orang ramai amat menggalakkan dan pengiraan undian tamat secara rasmi pada 19 Februari lalu, pukul 10 malam. Pemenang diumumkan keesokan harinya iaitu pada 20 Februari lepas.
Sementara itu, Pengurus Besar KWC Sdn. Bhd., Henry Chua memberitahu, selain penganjuran pertandingan aksi bergambar dengan Mr. Right itu, KWC turut menganjurkan beberapa aktiviti menarik yang dirasakan bertepatan dengan tema cinta sepanjang Februari ini.
“Ia meliputi pencarian pasangan kekasih paling bergaya, pertunjukan fesyen, acara pentas dan beberapa karakter menarik seperti badut dan dewa asmara (cupid) yang berjalan-jalan dalam kawasan KWC bertemu dengan pengunjung,” jelasnya.
Dengan lebih 800 kedai yang menawarkan pelbagai barangan berkaitan fesyen khususnya pakaian untuk wanita, lelaki dan kanak-kanak, KWC juga tidak ketinggalan melengkapkan pilihan aksesori termasuklah busana muslimah.
Untuk keterangan lanjut tentang pertandingan dan acara yang dianjurkan KWC, orang ramai digalakkan berkunjung ke laman web KWC di www.kenangacity.com.my atau laman Facebook rasmi KWC.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: