Saturday, February 18, 2012

Lexus GS sudah boleh ditempah


SEKIRANYA mahukan kereta yang lebih sporty, GS F-Sport mungkin pilihan anda.


UMW Toyota Motor Sdn. Bhd. (UMW Toyota) baru-baru ini mengumumkan pembukaan tempahan bagi lima varian Lexus GS baharu sejak 1 Februari lalu. Lima varian yang dimaksudkan ialah GS 250, GS 250 Luxury, GS 250 F-Sport, GS 350 Luxury dan GS 350 F-Sport.

Varian dengan harga terendah dalam barisan produk kali ini ialah model GS 250 dengan tawaran anggaran harga atas jalan RM379,873 seunit. Bagi GS 250 Luxury dan GS 250 F-Sport pula, masing-masing ditawarkan pada harga RM415,783 dan RM426,043 sebuah. Dua varian lagi iaitu Lexus GS 350 Luxury dan GS 350 F-Sport dijual pada harga RM482,423 dan RM492,683.

Lexus yang ditubuhkan sejak tahun 1980-an telah melancarkan model tidak asing lagi iaitu LS 400 pada tahun 1989. Jenama kenderaan itu sinonim dengan elemen kualiti, mewah dan kepuasan pelanggan sudah berada di 60 buah negara di seluruh dunia. Di Malaysia, Lexus merupakan salah satu unit di bawah UMW Toyota.

Maklumat lanjut mengenai produk Lexus, sila hubungi talian bebas tol Lexus Malaysia di 1-800-88-53987.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: