
KUALA LUMPUR – Tiga buah kereta rosak setelah dihempap sebatang pokok dalam kejadian hujan lebat di Kuarters Perumahan Jabatan Kerja Raya (JKR) di Batu 7, Jalan Sungai Besi di sini petang semalam.
Sebuah daripada kereta tersebut rosak teruk apabila remuk di bahagian cerminnya manakala dua lagi kereta penduduk mengalami kerosakan pada bumbung, cermin hadapan dan bonet.
Salah seorang mangsa, Rosli Hussain, 43, berkata, kereta Proton Iswara miliknya rosak teruk apabila dahan pokok tumbang betul-betul di atas keretanya.
Pada kejadian 4.15 petang itu, dia sedang berehat bersama keluarga di dalam rumah sebelum terkejut mendengar bunyi dentuman semasa hujan.
“Saya kemudiannya diberitahu oleh salah seorang jiran yang kereta saya kena hempap pokok dan mendapati kereta saya remuk teruk,” ujarnya di sini semalam.
Walalupun kecewa kerana hutang kereta miliknya itu tinggal setahun sahaja lagi tetapi kakitangan JKR itu reda dan menganggapnya sebagai ujian.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: