
IPOH – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Gopeng merupakan pembuka tirai kepada fasa terakhir program pembangunan luar bandar.
Perdana Menteri berkata, fasa terakhir RTC Gopeng dijangka selesai sepenuhnya menjelang 2020 seiring dengan beberapa program pembangunan kerajaan termasuk Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan Program Transformasi Kerajaan (GTP).
“Perasmian RTC ini tanda kemasukan pusingan terakhir dalam kita hendak bangunkan kawasan luar bandar,” katanya ketika merasmikan RTC Gopeng di sini semalam.
Selain RTC Kota Bharu (Kelantan) yang sudah mula beroperasi, RTC Kuala Kedah, Kuala Linggi (Melaka), Tanjung Manis (Sarawak) dan Pekan Nenas (Johor) bakal dibuka tidak lama lagi.
Inisiatif RTC ditubuhkan di bawah Teras Strategi Lautan Biru Kebangsaan 4 yang bermatlamat menjadi penghubung masyarakat luar bandar dengan aktiviti yang mempunyai nilai tambah tinggi bagi mewujudkan impak ekonomi dan pendapatan berganda.
Najib berkata, RTC Gopeng akan menjadi pusat sehenti dan nadi pertumbuhan masyarakat luar bandar kepada penduduk yang tinggal dalan lingkungan 100 kilometer dari kawasan berkenaan.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: