Sunday, February 19, 2012

Ibu tunggal tidak serik ditahan miliki dadah


IBU tunggal (kanan) bersama rakannya dibawa ke balai polis selepas ditahan kerana memiliki heroin di Melaka semalam.


MELAKA – Tidak serik. Itulah yang boleh dikatakan terhadap seorang wanita yang juga ibu tunggal apabila tidak sampai dua bulan didakwa di Mahkamah Majistret Ayer Keroh berkaitan dadah, dia ditahan sekali lagi atas kesalahan memiliki dadah kelmarin.

Kali ini, wanita berusia 29 tahun itu ditahan di sebuah rumah teres dua tingkat di Taman Permatang Pasir di sini bersama teman lelakinya berusia 22 tahun.

Menurut polis, dalam serbuan pukul 11 pagi itu, polis menemui dadah jenis heroin, ekstasi dan syabu yang dibalut dengan kertas surat khabar di dalam bakul sampah di bilik tidur.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: