Thursday, February 2, 2012

Kalis air dan hentakan


ANTARA ciri-ciri AW100 adalah kalis air dan hentakan serta tahan cuaca sejuk.


PAKAR pengimejan, Nikon Corporation telah memperkenalkan model Coolpix AW100 untuk memenuhi kehendak pengguna dan penggemar fotografi masa kini bagi memeriahkan lagi segmen kamera digital kompak.

Model AW100 merupakan kamera kompak digital pertama Nikon menawarkan ciri-ciri menarik seperti kalis air dan hentakan serta tahan cuaca sejuk.

Peranti terbaharu tersebut dibangunkan untuk bertahan sehingga kedalaman 10 meter di dalam air, mampu menahan gegaran apabila terjatuh dari ketinggian 1.5 meter. Bahkan, ia boleh mengharungi suhu sejuk sehingga negatif 10 darjah Celcius.

Selain daripada itu, penggemar yang melakukan aktiviti mendaki mereka boleh menggunakan ciri kawalan Action yang membenarkan rakaman imej dilakukan menggunakan satu tangan tanpa menjejaskan kualiti rakaman.

Bagi penggemar fotografi yang meminati aktiviti menyelam, terdapat mod Underwater bagi merakam imej memukau dasar laut.

Kamera kompak digital beresolusi 16 megapiksel turut didatangkan bersama enjin pemprosesan EXPEED C2 dapat menghasilkan rakaman imej dengan pantas tanpa mengganggu kualiti hasil karya pengguna.

Reka bentuk kompak hadir dengan zum optikal lima kali ganda gabungan optik lensa NIKKOR bagi membolehkan imej dan rakaman video kelihatan lebih jelas serta sempurna.

Model Coolpix AW100 yang dijual pada harga RM1,298 kini boleh didapati di pasaran tempatan. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai peranti terbaharu ini boleh melayari laman web www.nikon.com.my.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: