Thursday, February 2, 2012

Cabaran Ops Hitam


PERMAINAN Call of Duty merupakan salah satu daripada permainan yang paling diminati gamer.


GENRE First Person Shooter (FPS) adalah antara genre permainan video yang penuh dengan persaingan dan cabaran mendebarkan.

Siri-siri seperti Call of Duty dan Battlefield merupakan antara permainan video yang menjadi kegilaan gamer di seluruh dunia.

Kedua-dua francais tersebut memberi tumpuan kepada elemen peperangan berdasarkan kejadian sebenar seperti Cold War berbanding dengan francais FPS iaitu Killzone, Bulletstorm dan sebagainya.

Bagaimanapun, dalam dunia FPO, dua francais iaitu Call of Duty dan Battlefield seringkali menjadi perbandingan peminat permainan yang mempunyai ciri peperangan.

Kini, Activision melancarkan siri terbaharu mereka iaitu Call of Duty: Black Ops yang dilancarkan pada 9 November 2010. Ia boleh didapati untuk Microsoft Windows, XBOX360, PlayStation 3 dan Nintendo Wii.

Plot

Call of Duty: Black Ops mempunyai jalan penceritaan menarik kerana ia disampaikan kepada pemain dalam bentuk imbasan antagonis, Alex Mason, yang juga merupakan salah seorang agen SAD/SOG.

Pada permulaan permainan, pemain yang mengawal watak Alex Mason telah ditangkap dan diikat pada sebuah kerusi untuk disoal siasat tentang stesen nombor yang Mason sendiri mengaku tidak tahu tentangnya.

Sepanjang sesi soal siasat tersebut, pemain akan dibawa semula kepada imbasan tersebut yang berlaku sekitar tahun 1961 dan 1968.

Pada awal imbasan, pemain akan dibawa ke negara Cuba yang merupakan sebahagian daripada anggota Operation 40 untuk membunuh Fidel Castro. Mason merasakan misi tersebut akan berjaya tetapi tanpa diduga ia tidak berjalan lancar.

Mekanisme permainan

Call of Duty: Black Ops mempunyai mekanisme permainan seperti siri-siri Call of Duty sebelum ini. Pemain boleh menyimpan dua senjata pada satu masa iaitu senjata utama dan kedua.

Bagaimanapun, adalah dicadangkan untuk membawa satu senjata utama dan kedua sahaja kerana jika pemain sedang membalas tembakan, mereka perlu mengisi peluru atau menukar kepada senjata kedua untuk memerangi musuh.


PEMAIN dicadangkan bermain dengan dua senjata semasa bertempur dengan musuh.


Teknik itu adalah kebiasaan yang diamalkan oleh ramai pemain dan seringkali berguna dalam mod dalam talian. Pemain juga boleh mengambil tiga posisi yang berbeza sepanjang permainan termasuk berdiri, mencangkung dan meniarap.

Setiap posisi berbeza tersebut mempunyai kebaikan dan burukan tersendiri apabila digunakan pemain.

Seperti siri sebelum ini, Call of Duty: Modern Warfare, pemain boleh membaling semula bom tangan yang dilemparkan oleh pihak musuh sekali gus memudahkan pemain daripada mencari tempat perlindungan.

Pemain juga boleh melakukan pembunuhan senyap dengan menggunakan pisau dari belakang pihak musuh, tetapi mereka perlu berada pada posisi yang sangat rapat dengan pihak musuh.

Mod dalam talian

Melalui mod dalam talian, pemain akan dibahagikan kepada dua kumpulan dalam misi yang berbeza. Ia termasuk Team Deathmatch, Capture the Flag, dan Free for All.

Setiap mod ini mempunyai kelainan dan memerlukan strategi berbeza untuk menewaskan musuh.

Secara keseluruhan, terdapat 14 peta berbeza dan tidak termasuk peta baharu yang boleh dimuat turun melalui Internet.

Call of Duty: Black Ops yang menggunakan sistem experience points dan COD Points yang boleh didapatkan pemain melalui mod dalam talian.

Sistem COD Points adalah bentuk mata wang yang digunakan dan pemain boleh mengubah suai senjata mereka dan membeli senjata baharu.

Sepanjang mod dalam talian, pemain yang berjaya mendapatkan killstreak akan diberi ganjaran seperti weapon crate, attack helicopter dan sebagainya.

Zombies

Antara mod yang paling diminati ramai adalah Zombies apabila seramai empat orang pemain akan diletakkan di sebuah lokasi yang penuh dengan zombi. Objektif dalam mod ini adalah untuk meneruskan survival sebanyak pusingan yang mampu.

Mod Zombies juga boleh dimain secara berseorangan tanpa talian Internet.

Secara keseluruhannya, Call of Duty: Black Ops adalah satu lagi kejayaan, penuh dengan mod dalam talian yang mudah difahami dan plot menarik.

Bagaimanapun, berbanding dengan siri Battlefield, mod dalam talian Call of Duty tidak banyak menggunakan strategi dan peta ditawarkan agak sedikit.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: