JUASSEH – Nasib seorang pesara polis yang kini terlantar selepas menghidap penyakit angin ahmar sejak empat bulan lalu mendapat perhatian Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM) cawangan Kuala Pilah.
Kunjungan itu dirancang selepas kisah Baharudin Mohd Aris, 82, tersiar dalam akhbar ini 7 Februari lalu.
Setiausaha PBPM cawangan Kuala Pilah, Mohd Zin Siron berkata, persatuan sememangnya prihatin dengan bekas polis terutama mereka yang terlantar sakit seperti Baharudin.
Menurutnya, Baharudin merupakan seorang ahli jawatankuasa persatuan selama tujuh tahun selepas menamatkan perkhidmatan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) sehingga pencen.
“Sebelum menganggotai polis pada 1951, beliau adalah bekas polis zaman darurat sekitar 1948 hingga 1951.
“Oleh yang demikian, beliau bakal menerima wang sagu hati khas dari Kementerian Dalam Negeri (KDN) sebanyak RM3,000,” katanya selepas mengadakan lawatan ke rumah Baharudin di Kampung Juasseh Pekan bersama Pengerusi Persatuan, Jamaludin Hassan dan ahli jawatankuasa persatuan daerah.
Hadir sama, Pengerusi Tetap PBPM Pusat, Ghani Pilus.
Mohd Zin berkata, bekas anggota polis yang berkhidmat di antara tahun 1948 hingga 1962 di semenanjung dan 1962 hingga 1974 di Sabah dan Sarawak perlu menghubungi kementerian bagi membolehkan pembayaran sagu hati dibuat kepada mereka selepas permohonan lengkap dikemukakan.
“Selaras dengan penubuhan persatuan, kebajikan bekas polis yang menjadi ahli akan diambil perhatian dan tiada istilah terpinggir.
“Kami sentiasa berusaha turun padang mencari bekas polis untuk didaftarkan sebagai ahli persatuan. Ini kerana apabila mereka menjadi ahli, segala perkembangan mereka dapat diketahui dari masa ke semasa,” katanya.
Oleh itu katanya, dia amat mengalu-alukan kepada semua bekas polis agar menyertai persatuan dengan menghubungi dia sendiri menerusi talian 016-6664242 atau menghubungi Jamaludin (0133119202).
“Mereka juga boleh datang sendiri ke pejabat cawangan di tingkat satu, Bangunan Umno Kuala Pilah yang dibuka setiap Selasa dan Khamis jam 9 pagi hingga 12 tengah hari.
“Kami juga sedang giat menambah ahli yang sudah mencecah 1,300 orang. Bagi perancangan 2012, persatuan akan mengenal pasti ahli persatuan dan sentiasa mengikuti perkembangan ahli,” katanya.
Tuesday, February 14, 2012
Jasa pesara polis dikenang
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: