Sunday, February 19, 2012

TLDM rasmi KD Sri Pinang


SEBAHAGIAN pegawai PSSTLDM di hadapan KD Sri Pinang selepas majlis perasmiannya George Town semalam.


GEORGE TOWN – Markas baharu Kapal Diraja (KD) Sri Pinang yang terletak di Gelugor dekat sini secara rasmi menjadi pusat latihan khusus bagi Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Laut Diraja Malaysia (PSSTLDM).

Majlis perasmian kompleks seluas 3.4 hektar bernilai kira-kira RM17 juta itu disempurnakan oleh Panglima TLDM, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar semalam.

Abdul Aziz dalam ucapannya berkata, pembinaan pusat latihan baharu itu menunjukkan komitmen TLDM dalam membangunkan angkatan simpanannya selaras dengan Pelan Strategik TLDM 2012.

Beliau berkata, kompleks itu kelak dapat melancarkan lagi pengurusan dan latihan kira-kira 4,000 pegawai dan anggota PSSTLDM termasuk Pasukan Latihan Pegawai Simpanan TLDM di 10 buah universiti awam.

“KD Sri Pinang akan berfungsi sebagai pusat latihan tunggal kepada semua warga PSSTLDM sejajar dengan keperluan meningkatkan modal insan pasukan ini seperti diperlukan.

“Kemudahan prasarana di sini juga seiring dengan pembangunan pesat PSSTLDM sejak ditubuhkan 48 tahun lalu sebagai barisan kedua pertahanan negara dalam membantu TLDM semasa darurat atau perang,” ujarnya di sini semalam.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: