Sunday, February 12, 2012

Geun Suk tipu ketinggian


JAN GEUN SUK


PEMINAT pelakon filem You're My Pet, Jan Geun Suk berasa sedikit terkilan apabila aktor itu tidak setinggi seperti yang digambarkan.

Ini kerana Geun Suk seolah-olah mahu menimbulkan kontroversi apabila maklumat ketinggiannya seperti yang dicatatkan dalam profil peribadinya adalah tidak benar.

Peminatnya menyedari hakikat itu apabila Geun Suk berdiri di sebelah pelakon, Noritake Kinashi dalam sebuah program televisyen. Pada ketika itu kedua-dua mereka tidak mengenakan sepatu.

Kedua-dua mereka dilihat tidak banyak berbeza ketinggian sehingga membuatkan peminatnya tertanya-tanya.

Mengikut rekod, Geun Suk mencatatkan ketinggian dalam profilnya setinggi 182 sentimeter (sm) manakala Kinashi ialah 177 sm.

Ramai peminat mereka yang kecewa dan meluahkan perasaan masing-masing dalam laman sosial dan blog. Ada antara mereka yang membandingkan Geun Suk dengan selebriti lain.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: