![]() |
| |
BUAT Shahrizal Jaszle yang pernah dikenali dengan nama Shahz Jaszle, 2011 membawa pengertian tersendiri. Tahun lalu dianggap tahun yang mencabar.
Permulaan 2012, karier Shahrizal tampak jernih dengan kemunculan filem Azura 2012 arahan sutradara terkenal Aziz M. Osman. Namun kejernihan itu dihambat dengan kekeruhan akibat perbuatan sendiri. Dia banyak terhambat gosip dan dipalit pelbagai kontroversi.
"Kontroversi memang banyak mengajar. Sebenarnya saya lebih mahu dikenali kerana kerjaya. Tetapi sudah lumrah, khalayak mahu melihat apa lagi yang keluar daripada terutamanya cerita-cerita panas," ulasnya yang mendapat perhatian ramai selepas drama Asmara yang dibalut kisah cinta dengan pelakon Maria Farida.
"Saya tahu apa yang saya lakukan dan alhamdulillah rezeki bertambah. Malah tahun lalu juga adalah tahun rezeki buat saya. Saya berkesempatan membuat umrah dan juga melakukan penggambaran di Jordan, Paris dan London," ujarnya.
Rezeki mengembara ke luar negara bergolek lagi apabila dia baru selesai menjalani penggambaran di Australia untuk sebuah drama bersiri Atas Nama Cinta.
Drama Atas Nama Cinta yang akan memulakan siaranya pada 13 Februari untuk slot Akasia, pukul 7 malam pada setiap Isnin hingga Khamis ini mengisahkan Ahmad bersama anaknya, Saiful pulang ke kampung halaman selepas melarikan diri daripada ceti yang mengejarnya. Di kampung, Saiful berkawan baik dengan Cinta. Dia selalu menyelamatkan Cinta daripada menjadi mangsa buli. Malangnya, bapa Saiful buat onar dengan mencuri wang simpanan ibu Cinta, Zahara.
Saya bersyukur kerana dapat kepelbagaian watak tetapi untuk kata selesa, tidak juga. Masih mencari-cari lagi watak yang mencabar skil lakonan saya. Bagi saya, mahu naik itu memang senang tetapi untuk mempertahankkanya adalah sangat sukar," ujarnya yang turut ke Jakarta untuk penggambaran drama.
Bukan hanya galak wajahnya dapat disaksikan di kaca televisyen, ketelusan Shahrizal berlakon filem juga dapat disaksikan melalui filem Azura yang mula ditayangkan pada 2 Februari lalu. Bergandingan bersama Neelofa, bagi Shahrizal, ini merupakan rezeki buatnya kerana mendapat kepercayaan penuh Aziz M. Osman.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: