Sunday, February 12, 2012

Halle Berry pindah ke Perancis


HALLE BERRY


BINTANG filem Dark Tide, Halle Berry dan tunangnya, Olivier Martinez kini sedang berusaha keras untuk menetap di Perancis.

Dia membuat permohonan kepada sebuah mahkamah untuk turut sama membawa anak perempuannya Nahla Aubry ke situ.

Dalam pada itu, TMZ melaporkan bahawa bekas kekasih Halle, Gabriel Aubry pula berkeras tidak akan membiarkan Nahla ke Perancis kerana percaya Halle sekadar mahu menjauhkannya daripada Nahla.

Gabriel dikatakan sangat kecewa apabila mendapati Olivier akan tinggal bersama Halle dan anaknya di Perancis. Dia turut mengemukakan permohonan agar mahkamah memerintahkan Halle tidak membawa anaknya. Halle bagaimanapun memohon agar sekatan itu dibatalkan.

Sebelum ini, Halle dan Gabriel diarahkan oleh jabatan keluarga Los Angeles, Amerika Syarikat agar menjalani sesi kaunseling keibubapaan kerana masalah penjagaan anak.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: