Wednesday, February 8, 2012

Filem Chronicle kuasai box office


Satu adegan dalam filem Chronicle, memaparkan Dane DeHaan menggunakan kuasa luar biasa untuk memusnahkan kereta di sebelahnya.


LOS ANGELES 6 Feb. - Kisah sekumpulan remaja lelaki yang mempunyai kuasa luar biasa berjaya melonjak filem Chronicle dalam carta box office minggu ini, mengatasi filem seram lakonan bintang Harry Potter, Daniel Radcliffe dalam The Woman in Black.

Filem itu dianggarkan mengutip pulangan AS$22 juta (RM68.2 juta) daripada peminat di seluruh Amerika Utara, manakala The Woman in Black pula sebanyak AS$21 juta. (RM65 juta).

Sambutan terhadap kedua-dua filem mengatasi jangkaan yang meramalkan jualan kurang memberangsangkan berikutan saingan daripada perlawanan bola sepak hujung minggu Super Bowl.

Kutipan itu termasuk jualan tiket pada Jumaat, Sabtu dan jangkaan pada Ahad di pawagam seluruh Amerika Utara iaitu Amerika Syarikat dan Kanada.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: