Thursday, February 23, 2012

Enam warna pilihan Beats by Dr. Dre Studio


BEATS by Dr. Dre mengeluarkan siri fon kepala terbaharu dengan enam warna pilihan iaitu biru, kuning, ungu, putih dan merah jambu.


SELEPAS tiga tahun penyelidikan dan pembangunan, Monster Beats by Dr. Dre Studio mengeluarkan siri terbaharu sistem fon kepala mereka dengan enam warna yang berbeza.

Penggemar tegar muzik boleh memilih rona merah jambu, biru, perak, jingga, ungu dan merah.

Monster Beats by Dr. Dre Studio telah meningkatkan kejituan dan kejernihan tahap audio. Ia dilengkapi dengan pemacu pembesar suara yang lebih lebar dan amplifier digital berkuasa tinggi menjadikan Beats by Dr. Dre mempunyai bunyi bass yang dalam dan tiada herotan bunyi serta lancar.

Setiap fon kepala Beats by Dr. Dre mempunyai teknologi kuasa pengasingan yang memotong setiap bunyi persekitaran. Jadi, pengalaman mendengar suara nyanyian penyanyi kegemaran lebih jelas.

Gegendang pendengar juga tidak sakit jika melekatkan Beats by Dr. Dre di telinga kerana fon bunyi dilapisi dengan alas kusyen mewah. Ia diperbuat daripada bahan yang lembut dan boleh bernafas.

Beats by Dr. Dre Studio juga mesra telefon pintar iPhone. Dengan Monster iSoniTalk iPhone yang memiliki butang menjawab panggilan binaan dalam dan mikrofon membolehkan muzik dihentikan untuk menjawab panggilan pada bila-bila masa.

Harga pasaran fon kepala berdefinisi tinggi (HD) Monster Beats by Dr. Dre Studio adalah RM1,699 dan boleh didapati di premis-premis terpilih sahaja Rock Corner, Flash Gadget, Harvey Norman, Mac City, Optiprimus, Machines, V Max Cellular dan lain-lain lagi.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: