DOUBLE Tree by Hilton Kuala Lumpur berbangga apabila sekali lagi dipilih sebagai hotel rasmi kejohanan tenis BMW Terbuka Malaysia selama dua tahun berturut-turut.
Pengurus Besar Doubletree by Hilton Kuala Lumpur, Ian Barrow berkata, pihak pengurusan holtel itu menjanjikan pengalaman hospitaliti terbaik kepada peserta kejohanan tersebut.
"Kami amat gembira kerana sekali lagi diberi peluang untuk menjadi tuan rumah kepada beberapa pemain terbaik dari (Persatuan Tenis Wanita (WTA).
"Pasukan kami yang berdedikasi akan memastikan bahawa pemain menikmati pengalaman hospitaliti Malaysia yang sebenar, merasai waktu rehat yang selesa dan dijaga sepenuhnya bagi memastikan mereka dapat mempamerkan aksi menarik ketika kejohanan," katanya.
BMW Terbuka Malaysia akan diadakan dari 27 Februari hingga 4 Mac ini di Bukit Kiara Equestrian.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: