TAHNIAH... Mohd Shobri (kanan) menyampaikan motosikal Yamaha XJ6 Diversion 600cc kepada pemenang Peraduan Petronas Syntium Moto Rev Up, Mohd Marwan Abdul Wahab, semalam.
PETRONAS Dagangan Berhad (PDB) akan terus melabur dalam penyelidikan dan pembangunannya (R&D) bagi menghasilkan minyak pelincir yang mampu memanfaatkan semua peringkat pengguna.
Pengurus Besar Bahagian Perniagaan Pelincir PDB, Mohd Shobri A Bakar berkata, menerusi keluaran minyak pelincir Syntium Moto, pihaknya sudah menerima maklum balas positif daripada pengguna berikutan jumlah jualan yang sentiasa meningkat sejak diperkenalkan tiga tahun lalu.
Katanya, minyak motosikal berasaskan sintetik itu juga terdapat dalam tujuh jenis dan dirumuskan menggunakan tanda dagang Petronas teknologi DualTech. “Teknologi dalam Syntium Moto membolehkan minyak pelincir itu memberikan hasil kuasa maksimum dan pada masa sama memastikan kebersihan enjin serta mempertingkatkan prestasi anjakan gear. “Malah, kami juga akan memperkenalkan produk baru tahun ini dan ia masih dalam R&D.
“Kami juga yakin jualan tahun ini akan meningkat kerana pasaran Syntium Moto di seluruh negara menunjukkan peningkatan saban tahun,” katanya di majlis penyampaian hadiah sempena peraduan Peraduan Petronas Syntium Moto Rev Up and Win di Petaling Jaya, semalam.
Menurutnya, semua produk Syntium Moto merupakan pertama di rantau ini yang memenuhi atau melangkaui standard antarabangsa American Petroleum Institute (API) SM. Standard ini menjadi penanda aras tertinggi bagi minyak enjin motosikal dan penunggang dijamin memperoleh prestasi enjin terunggul daripada Petronas Syntium Moto. Katanya, PDB juga menyediakan hadiah bernilai lebih RM100,000 untuk pemenang hadiah utama iaitu motosikal Yamaha XJ6 Diversion 600cc; pemenang kedua menerima motosikal Yamaha FZ150i dan pemenang ketiga pula membawa pulang motosikal Yamaha 135LC Extreme Spirit selain pelbagai hadiah menarik untuk pemenang bulanan.
Mohd Shobri berkata, tempoh peraduan adalah tiga bulan dan peserta hanya perlu membeli seliter Petronas Syntium Moto serta menjawab tiga soalan untuk menyertai peraduan berkenaan.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: