Wednesday, February 1, 2012

Gagal seludup kayu bakau RM111,000

PERIKSA...pegawai Jabatan Perhutanan memeriksa bot yang sarat dengan kayu bakau seludup.
PERIKSA...pegawai Jabatan Perhutanan memeriksa bot yang sarat dengan kayu bakau seludup.

KLANG: Sindiket penyeludupan antarabangsa yang menyeludup 11,166 kayu bakau dianggarkan bernilai RM111,000 dan berselindung di sebalik penggunaan permit import (AP) ditumpaskan dalam operasi bersepadu di Sungai Chondong, di sini, malam kelmarin.

Dalam operasi itu, seramai 34 warga Indonesia menaiki lapan bot yang membawa muatan kayu bakau ditahan Jabatan Perhutanan Selangor (JPS) dibantu Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dipercayai untuk diseludup ke negara ini.


Operasi diketuai Penolong Pengarah Kanan Penguatkuasaan Hutan, Mohd Yussainy Md Yusop berkata, suspek mendakwa mempunyai AP bagi membawa kayu berkenaan masuk ke negara ini dengan diuruskan sebuah syarikat import di Klang.

Namun, hasil semakan dengan syarikat berkenaan mendapati, kayu yang dibawa masuk tidak mempunyai kebenaran mengimport dan AP yang sah dan dipercayai didalangi sindiket curi kayu bakau di Indonesia dan Malaysia. Dalam operasi itu, APMM turut menjumpai lebih 44,000 kayu bakau yang sudah didaratkan dan 24,000 daripadanya dibawa masuk secara haram dari Indonesia dan perairan Malaysia tanpa memiliki kebenaran import.


“Hasil pemeriksaan mendapati keadaan kayu masih baru dan dipercayai baru ditebang di kawasan hutan simpan paya laut di sekitar Klang.


“Selain itu, lokasi untuk mendaratkan kayu bakau berkenaan di Jalan Shahpadu tidak diwartakan sebagai lokasi pendaratan yang sah,” katanya. Semua penyeludup yang ditahan disiasat mengikut Akta Perhutanan Negara 1984.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: