DONNA Karan New York (DKNY) memperkenalkan haruman terbaru, edisi pureDKNY, Verbena-Basil.
Sebaik semburan pertama menyentuh kulit badan, terhidu aroma citrus segar yang pastinya membuat sesiapa saja tergoda dengan wangian mengujakan itu.
Haruman itu turut didatangkan dengan wangian semula jadi dari pokok basil dan herba verbena yang diperoleh dari Togo, Afrika.
Ia turut mengandungi campuran ekstrak tumbuhan semula jadi seperti bunga jasmin, peony, honeysuckle.
Pure DKNY Verbena didatangkan dalam dua bentuk botol bersaiz 50ml dan 100ml. Botol 100ml dijual pada harga RM355 manakala botol bersaiz 50ml dijual pada harga RM255.
Haruman tersebut boleh didapati di pasaran pada hujung bulan ini.
Bersempena dengan pelancaran haruman terbaru itu, Pure DKNY meneruskan kerjasama dengan CARE, sebuah organisasi kemanusiaan untuk membantu golongan wanita keluar dari kepompong kemiskinan.
DKNY turut melancarkan tabung kutipan derma bagi menyokong program CARE di benua Afrika.
Kerjasama pureDKNY dan CARE bermula pada 2010 dengan pelancaran haruman pureDKNY Vanila.
Menerusi kerjasama itu, mereka bersama-sama mendidik para petani tanaman vanila untuk menyertai program mikrokewangan.
Pengalaman CARE membuktikan apabila komuniti di negara termiskin memiliki asas perkhidmatan kewangan termasuk simpanan tetap, kredit dan insurans, mereka boleh menyelamatkan diri daripada belenggu kemiskinan.
Hasil penjualan tanaman vanila yang rata-ratanya di pelopori oleh petani wanita di Uganda, pureDKNY melangkah setapak lagi ke hadapan untuk menyelamatkan pengeluaran tanaman itu di negara tersebut.
Jurucakap pureDKNY, Angela Lindvall berkata, kunjungannya ke Uganda adalah untuk melihat dengan lebih jelas perkembangan program tersebut.
"Saya bertemu dengan beberapa wanita termasuk Nuella. Sebagai seorang peserta program, dia boleh meminjam dana untuk tujuan penjagaan kesihatan anak-anaknya, melindungi mereka daripada wabak malaria
"Kami membantu mereka yang ingin mengubah kehidupan menerusi revolusi wangian ini," katanya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: