Friday, February 17, 2012

Sejuk dalam kepanasan

ANGGUN...jubah polos yang diserikan dengan perincian di bahagian dada dan hujung lengan serta digayakan dengan selendang kristal.
ANGGUN...jubah polos yang diserikan dengan perincian di bahagian dada dan hujung lengan serta digayakan dengan selendang kristal.

KAIN kapas memang ramai penggemarnya apatah lagi sifat kain itu sendiri yang menyejukkan terutama dalam cuaca di negara kita ini.

Justeru butik pakaian Muslimah, Online Hijab E-Boutique (OHB) masih mengekalkan penggunaan kain kapas dalam setiap rekaan pakaian dan tudung yang dihasilkannya bagi memastikan keselesaan pelanggan.

  • Foto

    BERGAYA...sesuai bagi mereka yang berani menggayakan fesyen terkini, blaus unik dengan hud berserta tudung bercorak menambah gaya.

  • Foto

    MENARIK...hitam masih lagi menjadi warna kegemaran untuk rekaan jubah.

  • Foto

    SOPAN...tudung polos tanpa sengkuap disertakan garisan tepi pada bahagian belakang tudung.

Ini disebabkan kain kapas sememangnya sesuai digayakan dalam pelbagai bentuk fesyen baju, jubah ataupun tudung memandangkan cuaca persekitaran yang panas, kata pengasas OHB, Norlela Nasir.

Kain kapas membantu menyerap peluh sepenuhnya dan memberikan rasa kering sepanjang masa.


“Malah untuk mereka yang gemar bersukan, butik ini turut menyediakan koleksi tudung sukan tanpa sengkuap juga menggunakan kain kapas bagi memudahkan pergerakan aktif individu yang bersukan,” katanya.


Jika sebelum ini butik pakaian OHB banyak mengetengahkan koleksi pakaian dan tudung secara dalam talian namun kini, penggemarnya boleh mendapatkan reka bentuk busana diminati secara langsung.

Memulakan operasi perniagaannya di Plaza Damas pada 2011, OHB menampilkan kelainan dengan memberikan lebih kebebasan kepada pelanggan untuk memilih pakaian dalam suasana santai.

Bukan saja pakaian malah, butik berkenaan turut menyediakan pelbagai koleksi tudung dan selendang mengikut peredaran fesyen tudung terkini bagi memberi peluang kepada pelanggan mendapatkan busana dikehendaki sepadan dengan tudung diminati.

Menurut Norlela, butik jualan secara langsung ini boleh dikatakan sebagai pusat sehenti yang menyediakan pelbagai pilihan dan reka bentuk busana selain menjadi kombinasi lengkap kepada mereka yang mencari gaya fesyen Muslimah yang diingini.

“Saya sentiasa menginginkan kelainan untuk diketengahkan kepada pelanggan sama ada jualan secara dalam talian seperti sebelum ini ataupun di butik.

“Boleh dikatakan ia adalah strategi pemasaran terbaik dan saya juga akan pastikan pelanggan mendapatkan hanya yang terbaik daripada OHB,” katanya ditemui di butiknya di Plaza Damas, Sri Hartamas, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Selain itu, pelanggan juga boleh mendapatkan koleksi baju Muslimah eksklusif di bawah label rekaan YaSalma pada harga bermula RM600 hingga RM1,500.

Sungguhpun OHB sudah memiliki butik tersendiri, ia masih meneruskan jualan secara dalam talian untuk memudahkan pelanggan mendapatkan koleksi diingini.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: