|
|
KALAU di luar negara, butik premium mereka tidak akan diwujudkan berdekatan dengan butik utama, kerana jika berdekatan, sudah tentu perniagaan di butik utama akan terjejas.
Siapa yang sanggup membeli barangan yang belum diberi diskaun sedangkan mereka boleh mendapat barangan dari jenama yang sama setelah dipotong hingga 70 peratus? Yang membezakannya cuma ‘out season’, namun itu bukanlah masalah yang besar bagi sesetengah orang bukan?
Maka atas sebab itu jugalah Melium Outlet memilih lokasi yang agak jauh dari butik downtown mereka.
Bertempat di The Trillium, Lake Fields, Melium Outlet boleh dikatakan satu-satunya premium outlet yang ada di Kuala Lumpur.
Menawarkan lebih 50 label di bawah 13 jenama besar antaranya seperti Hugo Boss, Furla, Aigner, Just Cavalli, Stuart Weitzman, Juicy dan Aseana, Melium Outlet adalah pilihan penggemar jenama mewah. Lebih menarik, mereka boleh mendapatkan barangan pilihan mereka dengan harga yang telah dikurangkan sehingga lebih 70 peratus!
“Bukankah itu sesuatu yang sangat berbaloi? Item yang terdapat di sini hanya dua musim lambat. Makin lama ia di sini kami akan menurunkan lagi harganya. Jadi anda boleh pilih sendiri sama ada pakaian, kasut, beg tangan, tali leher, aksesori dengan harga yang sangat berbaloi,” ujar Arni Azrin selaku pengurus butik Melium Outlet.
Kata Arni, Melium Outlet biasanya menerima stok dari butik utama sebanyak dua kali setahun.
Malah dari semasa ke semasa juga mereka mengadakan promosi untuk menghargai pelanggan mereka sendiri.
“Paling cepat laris ialah beg tangan wanita. Masuk saja ke butik ini seperti sudah ada pelanggan yang menunggu, peluang membeli beg berjenama dengan harga yang amat rendah ini memang perlu dimanfaatkan.
“Melium Outlet terbaru ini juga lebih mesra pelanggan, dengan susun atur yang lengkap bertanda dan saiz yang dipapar pada penyangkut maka akan lebih memudahkan proses pencarian. Jadi pelanggan boleh mengambil masa mereka memilih dan membeli-belah dalam suasana yang selesa.
“Walaupun Johor Premium Outlet (JPO) telah dibuka, namun kami tetap dikunjungi pelanggan yang berada di sekitar Lembah Klang. Di JPO kami meletakkan satu jenama iaitu Zecna sebagai mewakili Melium itu sendiri,” katanya lagi.
Dibuka sejak Ogos tahun lalu, butik berkeluasan 500 kaki persegi ini juga merupakan pilihan beberapa selebriti tempatan kerana mendakwa mereka mendapat barangan berjenama yang berkualiti pada harga yang lebih rendah.
“Melium Outlet bukan setakat menawarkan pilihan untuk orang dewasa, malah kanak-kanak dan bayi baru lahir juga menerusi jenama Juicy.
“Melium Outlet adalah pilihan yang terbaik bagi mereka yang suka tawar-menawar!” ujar Arni lagi.
The Trillium, Lake Fields, Melium Outlet di mana?
ReplyDelete