Friday, October 14, 2011

Yakin potensi China

Coffee Omega (M) Sdn Bhd optimis melebarkan sayap niaga ke peringkat antarabangsa dalam usaha meluaskan rangkaian pemasaran produk keluaran syarikat berasaskan kopi.

Perlaksanaan perluasan pemasaran ini dilakukan setelah produk minuman tempatan berasaskan kopi mendapat maklum balas positif di pasaran China dan United Kingdom. Sehubungan de-ngan peluang tersebut, Coffee Omega yang telah berjaya mendapat tempat di pasaran tempatan tidak melepaskan peluang sekali gus memperkukuhkan jenama.

Ketua Pegawai Eksekutif yang merupakan pengasas produk, Muhamad Lattepi Hashim berkata, dalam tempoh terdekat, Coffee Omega lebih memberi fokus kepada pasaran luar negara dan melihat Amsterdam; Kazakhstan; Jerman; Ghana; Mesir; Thailand; Indonesia; dan Rusia sebagai lokasi pemasaran berpotensi.

“Melihat kepada perkembangan positif dari pengguna antarabangsa, kami yakin produk keluaran syarikat mampu mengukuhkan jenama di pasaran luar negara bagi tempoh lama,” katanya sambil memberitahu mampu mencipta kejayaan sejajar dengan motto syarikat ‘Coffee Omega dapat membantu, ia bukan ubat tapi mujarab’.

Lattepi berkata, produk Coffee Omega semakin mendapat sambutan di pasaran China. Bilangan masyarakat Muslim dan pengaruh ‘tukar selera’ masyarakat China terhadap minuman berasaskan kopi menjadi salah satu faktor menyumbang kepada permintaan Coffee Omega di negara tersebut.

“Di China, perkemba-ngan pasaran sangat baik kerana masyarakat Islam di sana menitikberatkan soal halal selain strategi promosi berkesan yang dilakukan syarikat.

“Jika dulu masyarakat di China penggemar minuman teh tetapi kini mula beralih kepada kopi,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: