Sunday, October 9, 2011

Variasi rawatan wajah




MENCUCI muka di salon atau lebih dikenali sebagai kaedah facial menjadi kesukaan semua orang tidak kira lelaki dan wanita. Setelah berpenat lelah bekerja, ia menjadi agenda sebulan sekali yang sangat menyeronokkan.

Dewasa ini terdapat banyak jenis facial sehingga menimbulkan kekeliruan yang mana yang harus dipilih. Teknik fascial bagaimanapun tidak jauh berubah. Namun teknologi menjadikan kaedah fascial lebih selamat, bersih dan memberi manfaat terhadap kulit wajah. Faktor kebersihan tetap menjadi keutamaan bagi mengelak sebarang jangkitan daripada orang lain Justeru semua peralatan seperti sepan atau tuala yang digunakan sepatutnya bersih dan bebas kuman.

Urutan muka yang efektif juga menjadikan raut wajah kekal cantik dan tidak mudah berkedut.

Facial biasa

Facial biasa adalah untuk pembersihan kulit yang tidak banyak bermasalah. Facial jenis ini menggunakan pencuci lembut, stim, topeng, sedutan pada kulit menggunakan mesin menyedut dan diakhiri dengan pemakaian pelembap atau pelindung mata hari.

Proses mencuci seperti ini baik bagi meningkatkan perjalanan darah pada kulit muka, membuang kekotoran dan menjauhkan kelenjar sebum yang tersumbat. Ia menjadikan kulit bebas daripada ancaman biji-biji putih, noda hitam dan juga jerawat.

Facial dan vitamin C

Penambahan vitamin C bertujuan memudakan kulit dan meningkatkan pembaik pulih kulit. Vitamin C berfungsi sebagai anti oksidan dan juga mampu mencerahkan kulit.

Teknik facial sama seperti biasa. Kulit d cuci dengan pencuci yang lembut, kekotoran akan dibuang diikuti pengewapan kulit, topeng muka dan sedutan. Akhir sekali vitamin C dititiskan semasa pori-pori masih terbuka dan mampu menyerap dengan aktif.

Facial glycolic

Teknik ini sesuai bagi masalah jerawat yang serius. Asid glycolic merupakan asid lembut yang boleh masuk ke dalam kulit untuk membunuh bakteria. Ia juga mampu mengurangkan kesan parut jerawat dan menyembuhkan jerawat. Biasanya doktor akan mencadangkan penggunaan gel glycolic sebagai sapuan bagi mereka yang mempunyai masalah jerawat yang serius. Gel yang boleh digunakan di rumah ini mampu bertindak sebagai facial lembut yang mencerahkan kulit kita.

Facial dengan anti oksidan

Anti oksidan juga merupakan bahan penting bagi facial. Ia sesuai untuk kulit yang berpigmentasi. Biasanya anti oksidan jenis peptide digunakan kerana ia sesuai bagi semua jenis kulit. Prosedur facialnya tetap sama.

Facial ionto phoresis

Facial jenis ini menggabungkan proses merangsang kulit dengan alat khas yang dinamakan ionto phoresis machine. Alat ini menggunakan konsep getaran tinggi. Kelebihan ionto phoresis ialah lebih banyak vitamin atau anti oksidan dapat ditolak masuk ke dalam kulit kerana ia membuka pori-pori dengan lebih banyak lagi.

Microdermabrasion

Microdermabrasion merupakan facial yang agresif berbanding facial biasa. Prosedur teknik ini adalah lapisan kulit dikikis sama sekali. Selepas itu kulit wajah dicuci dan dilembapkan. Alat microdermabrasion digunakan bagi menyedut dan membuang lapisan kulit yang telah mati. Terdapat dua jenis mikrodermabrasion iaitu jenis kristal dan berlian.

Microdermabrasion jenis kristal mempunyai agen berupa pasir halus yang akan mengikis sel mati pada kulit muka. Jenis berlian pula berupa pisau halus yang mampu mengikis lapisan pada kulit. Kelebihan peralatan mampu membersihkan, meningkatkan mutu dan merangsang kulit agar kulit baru dapat tumbuh dengan baik. Kaedah ini sesuai sebulan sekali jika kulit bermasalah. Jika kulit sudah pulih maka bolehlah di kurangkan kekerapannya kepada dua bulan atau tiga bulan sekali.

Facial laser

Dewasa ini penggunaan laser giat diperkatakan. Kaedah ini mampu merangsang kulit dan membuatkan pigmentasi berkurangan. Laser yang tepat haruslah berpandu kepada jenis kulit dan masalah yang dihadapi seseorang. Jeragat dan pigmentasi memerlukan laser yang boleh memecahkan pigment. Masalah parut pula memerlukan laser yang sesuai bagi meningkatkan kualiti kulit baru. Facial laser juga menjadi pilihan kerana ia mampu menghilang kedutan halus.

Suntikan pada wajah

Tidak dapat dinafikan suntikan pada wajah merupakan sesuatu yang agak penting untuk menyerlahkan lagi wajah dan menjadikan seseorang tampak muda serta lebih cantik. Suntikan filler menjadi pilihan kerana ia cepat, mudah dan tiada sebarang kesan sampingan yang berbahaya. Begitu juga suntikan BTA dan placenta yang disukai .

Dewasa ini suntikan PRP disarankan kerana ia menggunakan darah pesakit sendiri. Teknologi ini menggunakan darah yang diproses bagi diambil plasmanya yang sangat berguna kerana mengandungi stem sel yang hebat fungsinya.

INGINKAN maklumat lanjut hubungi 03-89252334.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: