
RAMAI yang kecewa berikutan pengumuman pembatalan persembahan Dashboard Confessional dan Sum 41.
Namun berita sedih itu sedikit-sebanyak diubati dengan pengesahan persembahan band rock The Used.
Grup dari Utah, Amerika Syarikat yang ditubuhkan pada 2001 ini akan muncul di festival rock Rockaway pada 12 tengah hari hingga 12 tengah malam di Stadium Bukit Jalil pada 8 Oktober ini.
Antara kumpulan rock tanah air yang menjayakan Rockaway Festival ialah One Buck Short, Metalasia, Hujan, Love Me Butch, Massacre Conspiracy, Monoloque, Kyoto Protocol, Deja Voodoo Spells, Pop Shuvit, They Will Kill Us All dan Twilight Actiongirl.
The Used mula dikenali setelah muncul dengan album self-titled pada Jun 2002 dan kemudian makin mekar dengan kemunculan album kedua, In Love and Death.
Tempoh setahun pada 2008 digunakan sepenuhnya The Used untuk persediaan album keempat yang diluncurkan pada 2009 dengan tajuk Artwork.
The Used pada tahun hadapan bersedia dengan material baru yang bertajuk Vulnerable yang dijangka dikeluarkan pada Februari 2012.
"The Used sudah mempunyai bunyi tersendiri. Saya juga merasakan Bert adalah seorang penyanyi dan penulis lirik yang berbeza dengan yang lain. Lagu-lagu kami akan lebih 'gila' daripada yang terdahulu. Bunyinya mungkin 'lebih kotor'. Dalam aspek melodi, suka untuk saya katakan bawa melodi Bert adalah lebih matang," ujar Jeph Howard (bass) dan Dan Whitesides (Drums).
"Bert menghasilkan kebanyakan lirik dan juga melodi. Itu adalah dunianya. Kami mempunyai banyak pengaruh tetapi Bert gemar membaca Chuck Palahnuik," tambah Quinn Allman tentang vokalis mereka.
Untuk menikmati grup rock beraksi, Festival Rockaway adalah jawapannya.
Walau mungkin ada yang melabelkan The Used sebagai sebuah band emo atau scremo tetapi seperti kata Bert McCracken:
"Kami adalah sebuah grup rock dan sentiasa seperti itu."
Maklumat penuh tentang konsert ini sila layari laman sesawang www.rockawayfest.com.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: