Sunday, October 2, 2011

Singgahan irama David Foster


DAVID FOSTER


NAMA David Foster sudah tidak perlu diperkenalkan lagi. Dia merupakan tulang belakang bintang Hollywood. Malah kebangkitan penyanyi-penyanyi tersohor seperti Bryan Adams, Christina Aguilera, The Bee Gees, Mariah Carey, Chicago, Destiny's Child, Céline Dion, Gloria Estefan, Whitney Houston, Janet Jackson, Michael Jackson, Beyonce Knowles, Madonna dan NSync juga bertunjangkan daya kreatif David Foster.

Untuk sebuah kenangan dan momen yang bakal disimpan buat para pencinta hasil kerja David Foster, penerbit kelahiran Kanada yang juga merangkap komposer ini bakal menjejakkan kaki ke Stadium Tertutup Putra, Bukit Jalil pada 22 Oktober ini pada pukul 8.30 malam.

Konsert David Foster and Friends, Live in Asia Tour 2011 ini dibawakan oleh JAG Concerts and Events dengan kolaborasi Enrich Airlines Malaysia.

David Foster, pemenang Anugerah Awards sebanyak 16 kali ini akan tampil sebagai bakal pengacara gelanggang membawakan barisan teman-teman pendendang iramanya dan mereka terdiri daripada nama-nama besar antarabangsa.

Michael Bolton, Ashanti, Charice, Philip Bailey dan Russell Watson bakal menyanyikan barisan lagu-lagi popular dan terbaik hasil kreativiti Foster.

Dengan kehadiran Foster menjadi tulang belakang lagu-lagu cinta terbaik dunia, konsert ini bakal berbunga-bunga dengan lagu-lagu seperti Boogie Wonderland, All By Myself dan When A Man Loves A Woman.

Malah kehadiran penyanyi legenda serta pemenang Anugerah Grammy, Michael Bolton yang terkenal dengan lagu How Am I Supposed To Live Without You turut menjadi sebahagian daripada rombongan konsert jelajah Foster.

Begitu juga dengan kedatangan dua bunga dalam konsert ini iaitu Ashanti dan Charice yang sudah membina portfolio yang membanggakan dalam kerjaya masing-masing. Ashanti bakal membawakan lagu-lagu terkenalnya seperti Whats' Luv, Foolish dan Always On Time.

Charice, si pemanis yang terkenal lewat laman YouTube ini juga bakal memeriahkan konsert yang dinanti-nantikan oleh peminatnya. Lagu-lagu nyanyian mereka boleh didapati dalam bentuk CD iaitu album Hitman: David Foster and Friends edaran Warner Music.

Tiket-tiket berharga RM583, RM483, RM383, RM153 andan RM103 untuk konsert ini boleh dibeli melalui laman web www.jagtickets.com.my atau daripada Pusat Perkhidmatan Pelanggan Enrich di Unit DH6, Balai Berlepas, Terminal Kuala Lumpur, KL Sentral.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: