Friday, October 21, 2011

Usahawan muda Asia Pasifik lawat NS

Seramai 200 usahawan muda mewakili 21 negara yang menyertai misi perdagangan sempena Persidangan Usahawan Muda Asia Pasifik (Apec Yes) 2011 meluangkan masa melawat Seremban, Negeri Sembilan, semalam.

Mereka hadir bersama Presiden Dewan Perniagaan Antarabangsa Malaysia (IMCC) dan Penganjur Apec Yes 2011, Agil Faisal Ahmad Fadzil, dan disambut Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian, Warisan dan Adat Istiadat Melayu negeri, Datuk Mohammad Razi Kail.

Semua usahawan muda terbabit dibawa melawat beberapa tempat antaranya, Bandar Enstek dan Bandar Baru Sendayan bagi mendedahkan mengenai kepesatan pembangunan di negeri ini.

Wakil delegasi dari Brunei, Fuziah Talib, 40, berkata, penyertaan dalam persidangan kali ini adalah peluang keema-san untuknya mendalami dunia perniagaan dan pembangunan di negara ini.

“Apec Yes 2011 adalah landasan terbaik untuk usahawan serantau berkongsi idea, pengalaman dan masalah dalam pelaburan serta ekonomi global.

“Kita juga dapat meninjau peluang perniagaan baru di sini. Saya amat tertarik dengan penggunaan teknologi mesra alam sekitar yang ditekankan pemerintah di negara ini,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: