Friday, October 28, 2011

Tomok Teruja Isteri Mengandung

tomok bakal bergelar bapa tidak lama lagi

Menerima berita tentang kehamilan isterinya, Siti Rahayu Abas sewaktu dia berada di Istanbul, Turki menjadi satu berita yang paling gembira buat penyanyi popular Tomok.

Tidak dapat menggambarkan perasaannya ketika itu, Tomok ternyata tidak sabar untuk melalui saat-saat gembira sepanjang proses kehamilan itu bersama isterinya.

“Saya dapat tahu dia mengandung sewaktu di Istanbul. Ayu hantar gambar alat ujian kehamilan yang menunjukkan dia positif mengandung, dan selepas pulang dari sana saya terus bawa dia berjumpa doctor untuk sahkan tentang perkara ini.

“Saya memang terlalu teruja dan gembira bila pertama kali dengar isteri sudah mengandung, memang kami tidak pernah merancang tentang perkara ini tapi Ayu sememangnya mahukan anak secepat mungkin.

“Setakat ini dia masih dalam keadaan baik, dia tidak lagi mengalami alahan yang teruk Cuma ada kalanya dia muntah-muntah dan rasa tidak selesa,” jelas Tomok.

Bercerita tentang perkembangan terbarunya, jelas Tomok dia baru sahaja selesai penggambaran filem, Istanbul…Aku Datang bersama Lisa Surihani dan Aizat.

“Selain bersyukur kerana Ayu kini mengandung, saya juga bersyukur kerana lagu Bagaikan Bidadari terpilih untuk menyertai separuh akhir Muzik Muzik tahun ini,” jelas Tomok.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: