Thursday, October 27, 2011

Tesco bantu 59 peruncit

TAHNIAH...Azlam mengucapkan tahniah kepada penerima  anugerah peniaga cemerlang pada majlis 1WBC di  Ayer Keroh, Melaka.
TAHNIAH...Azlam mengucapkan tahniah kepada penerima anugerah peniaga cemerlang pada majlis 1WBC di Ayer Keroh, Melaka.

TESCO Stores (Malaysia) Sdn Bhd (Tesco) sudah membantu seramai 59 peniaga kedai runcit terpilih di seluruh negara menerusi projek Transformasi Kedai Runcit (Tukar), program di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) sejak Februari lalu.

Pengarah Hal Ehwal Undang-Undang dan Kerajaan Tesco, Azlam Shah Alias berkata, menerusi projek itu juga, pihaknya mendapati secara puratanya peniaga terbabit memperoleh lonjakan jualan sehingga 27 peratus dalam tempoh sebulan.


Beliau berkata, ini membuktikan khidmat nasihat membabitkan sistem pengurusan, tatahias dan simpanan stok bagi jualan barangan keperluan mampu memberi impak positif kepada peniaga menerusi bimbingan yang diberikan.

“Banyak kelemahan y berlaku di dalam kedai, contohnya kebanyakan peniaga gemar meletakkan peti sejuk di hadapan premis mereka dan tidak mengetahui sekiranya diletakkan di bahagian belakang ia mampu menarik pelanggan membeli barangan lain ketika mereka masuk ke ruangan perniagaan itu.


“Malah, banyak peniaga tidak mementingkan penampilan di premis mereka dengan tidak menyusun barangan mengikut kategori, keadaan premis yang gelap menjadikan ruangan kedai menjadi sempit dan menyebabkan pelanggan tidak selesa,” katanya selepas majlis Konvensyen Wanita Antarabangsa Dalam Perniagaan Pertama (1WBC) di Pusat Konvensyen Perdagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di Melaka, Azlam berkata, peniaga diberi khidmat nasihat percuma dengan kakitangan Tesco datang ke kedai mereka atau menghubungi mereka dalam tempoh tiga hingga enam bulan.


Beliau berkata, Tesco menyasarkan membantu 150 peniaga seluruh negara sehingga akhir tahun ini dan program itu masih diteruskan sehingga mencapai tahap disasarkan.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: