Thursday, October 27, 2011

Tak cukup bagus

CAROLINE WOZNIACKI
CAROLINE WOZNIACKI

LAPAN pemain wanita terhebat dunia akan berkumpul di Istanbul untuk Kejuaraan WTA bagi menjulang pemain terbaik keseluruhan pada 2011.

Begitupun, bolehkan anda menamakan pemain yang benar-benar layak memenanginya selepas apa yang berlaku pada 2011. Mungkin tiada yang layak.

  • Foto

    MARIA SHARAPOVA

  • Foto

    PETRA KVITOVA

  • Foto

    VICTORIA AZARENKA

  • Foto

    LI NA

  • Foto

    VERA ZVONAREVA

  • Foto

    SAMANTHA STOSUR

  • Foto

    AGNIESZKA RADWANSKA

Ketika ini, dunia tenis wanita dipenuhi pemain yang mampu memenangi kejohanan.
Sembilan belas daripada 20 pemain teratas memenangi sekurang-kurangya satu satu gelaran WTA sepanjang karier mereka. Melihat kepada keputusan empat kejohanan Grand Slam, ramai di kalangan mereka mampu memenangi kejuaraan WTA dan tiada satu pun menjadi milik Serena Williams. Pada satu aspek ia sesuatu yang bagus kerana terdapat ramai pemain berbakat.

Tetapi apa yang ditunjukkan dengan ketiadaan Serena dan pemain Belgium, Kim Clijsters yang masing-masing tidak dapat beraksi tahun ini akibat kecederaan, adalah tenis wanita kehilangan pemain berbakat untuk masa depan.

Serena, juara Grand Slam 13 kali berusia 30 tahun September lalu manakala Kim, pemenang empat Grand Slam termasuk terbuka Australia tahun ini berusia 28 tahun.

Tanpa pemain hebat beraksi dalam perlawanan sepanjang tahun ini dan kehadiran pemain berikutnya untuk menakluki dunia tenis wanita, tiada siapa pun yang menyerlah. Tiada siapa yang mampu meletakkan diri mereka setaraf bintang.

Justeru, tanpa kuasa pemain ternama, WTA bagaikan begitu mudah dilupakan seperti mana LPGA.

Anda mungkin boleh mempertikaikan keupayaan pemain Denmark, Caroline Wozniacki yang memegang ranking sebagai pemain nombor satu dunia selama 54 tahun sehingga kini dan membawa kedudukan itu ke Istanbul. Hakikatnya, adakah Caroline benar-benar pemain terbaik dunia ketika ini.

Caroline memenangi enam kejohanan pada 2011 tetapi tiada satu pun adalah kejohanan Grand Slam. Selain mempertahankan rekodnya dan menepis kritikan bahawa dia belum pernah memenangi Grand Slam, ia mula mencalarkan statusnya.
Malah kini Caroline juga perlu mengaku bahawa kisah cintanya dengan pemain golf, Rory McIlroy lebih mendapat perhatian sejak kebelakangan ini. Mungkin itu caranya untuk menjadi seorang bintang.

Pemain Russia, Maria Sharapova yang juga juara Grand Slam tiga kali menyempurnakan kepulangannya pada 2011 dengan kecederaan bahu tetapi dia masih belum memenangi sebarang Grand Slam sepanjang empat tahun dan pada tahun ini tewas kepada Petra Kvitova dalam final Wimbledon sebelum tersing�kir di pusingan ketiga pada Terbuka Amerika Syarikat.

Sementara itu, pemain Belarus di ranking keempat dunia, Victoria Azarenka masih belum meraih sebarang gelaran dari April lalu selepas menjuarai kejohanan di Luxembourg manakala pemain nombor enam dari Russia, Vera Zvonareva hanya menang satu gelaran sejak Februari lalu. Kedua-dua mereka masih belum memenangi menjuarai Grand Slam.

Mengenai juara kejohanan utama iaitu pemain nombor tiga dunia, Petra, Samantha Stosur (7) dan Li Na (5) masih masing membuktikan kejayaan mereka sesuatu yang boleh memusnahkan diri mereka.

Petra yang baru saja memenangi kejohanan Wimbledon, tewas di pusingan pertama Terbuka AS. Samantha tewas dalam perlawanan pertama di Tokyo dan pusingan kedua di Beijing, kedua-duanya ketika menentang pemain Russia, Maria Kirilenko yang ditundukkan dalam laluan memenangi Terbuka AS.

Li menjuarai terbuka Perancis dan menjadi pemain China pertama memenangi gelaran Grand Slam tetapi meneruskannya dengan kekalahan pusingan kedua di Wimbledon dan pusingan pertama Terbuka AS.

Jadi bagi mereka yang mencari pemain pilihan di Istanbul, pemain pilihan kelapan Agnieszka Radwanska dari Poland mungkin menjadi jawapannya.

Dia menjuarai kejohanan berturut-turut di Jepun dan Beijing awal bulan ini.
Tiada siapa yang bermain sebaik itu setakat ini.

Begitupun dia masih belum memenangi sebarang gelaran Grand Slam dalam 22 kejohanan penampilannya dan paling hampir tersingkir di suku akhir pada terbuka Australia, Januari lalu.

Mungkin salah seorang daripada mereka akan bangkit sebagai bintang.

Mungkin Istanbul akan menjadi batu loncatan buat mereka mara ke 2012.

Begitupun, kita lupakan saja apa yang berlaku pada 2011. Tiada siapa yang layak menjadi pemain nombor satu dunia.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: