Masih mengekalkan peneraju utama, Nasir Bilal Khan sebagai Tok Adi, seorang penggali kubur yang mengalami pelbagai kisah sepanjang menjalankan tugasnya, drama ini juga akan menyiarkan beberapa kisah tauladan di musim kedua nanti. Pengarahnya, Rashid Sibir mengakui drama Tanah Kubur ini dibuat sebenarnya bukan untuk menakutkan penonton, tetapi ia bertujuan memberi pengajaran pada orang ramai. “Apa yang kami paparkan adalah kisah benar yang terjadi sama ada di zaman Rasullullah ataupun seperti yang pernah dilaporkan sebelum ini, kami tidak berniat untuk menakut-nakutkan penonton, Cuma yang kami harapkan ia memberi pengetahuan dan pengajaran pada orang ramai tentang dosa dan seksa mati. “Orang sekarang lebih takutkan dosa daripada tuhan, jadi tidak salah jika kami siarkan cerita sebegini. Memandangkan sambutan untuk musim pertama begitu baik, dan menjadi pilihan penonton maka kami rasa ia perlu diteruskan,”jelas Rashid. Menggali lebih kurang 13 buah Liang Lahat, jelas Rashid, mereka tidak mengalami masalah yang besar sewaktu menjayakan penggambaran drama ini. “Alhamdulillah, tiada apa masalah sepanjang penggambaran ini dijalankan. Hanya kami bermasalah jika tanah yang digali itu mendap kerana sekarang ini musim hujan,”luah Rashid lagi. | Mendapat sambutan dan maklum balas yang memberangsangkan pada musim yang pertama lalu, drama bersiri, Tanah Kubur meneruskan tayangannya untuk musim kedua mulai 4 November ini di Astro Oasis setiap hari Jumaat, jam 7.30 malam.
Wednesday, October 26, 2011
Tanah Kubur Bukan Untuk Menakutkan Penonton- Rashid
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: