Saturday, October 1, 2011

Stik daging primer


Chef Yusry Anuar bersama sajian stik yang enak.


TERASA ingin menikmati hidangan stik tetapi sukar mencari restoran yang menyajikan hidangan stik yang lazat?

Apa kata anda sekeluarga kunjungi Restoran MeatWorks yang terletak di Jalan Solaris 5, Solaris Mont Kiara, Kuala Lumpur.

Yang pasti di sini, pengunjung bukan sahaja akan dapat menikmati daging stik yang enak dan berkualiti tinggi, malah ia didatangkan segar dari ladang.

Menurut Ketua Chefnya, Yusry Anuar, di restoran MeatWorks, pelanggan akan disajikan dengan hidangan daging primer yang sesuai untuk masakan Barat seperti stik.

Tambah beliau lagi, dalam masa yang sama pelanggan yang menikmati hidangan di restoran tersebut juga akan mengetahui sumber bahan mentah yang ditanam dan diternak secara organik.

"Inilah keistimewaan dan kelainan yang terdapat di Restoran MeatWorks kerana selain sumber bahan mentah yang ditanam dan diternak secara organik, daging yang disajikan juga segar.

"Walaupun daging yang digunakan daripada lembu import tetapi ia dipelihara dan diproses di negara ini, di ladang National Feedlot Corporation Sdn. Bhd. (NFC), Gemas, Negeri Sembilan.

"NFC mengeluarkan daging primer yang setaraf dengan daging import," ujarnya ketika ditemui baru-baru ini.

Menyediakan hidangan secara ala carte, pastinya daging seperti tenderloin, striploin, ribeye dan rump menjadi pilihan bersama sos-sos yang disediakan seperti kuah kacang, sos percik, epal putih, cendawan putih, lada hitam dan sebagainya.

Ia memberi kebebasan kepada pelanggan untuk menikmati hidangan stik bersama sos yang digemari serta mengikut cita rasa masing-masing.

Dibuka setiap hari Isnin hingga Ahad dari pukul 12 tengahhari hingga 11 malam untuk hari biasa manakala Jumaat dan Sabtu hingga 12 tengah malam.

Selain sajian stik, para pengunjung juga boleh menikmati hidangan-hidangan lain seperti pasta, spageti, sate, nasi pilaf, salad, sup dan hidangan sampingan lain.

Sudah pasti kesemua hidangan yang disajikan disediakan oleh chef-chef yang berpengalaman.

Pada masa yang sama, Restoran MeatWorks turut menekankan konsep pusat sehenti bagi produk daging.

Terdapat kiosk bagi menjual pelbagai produk daging untuk semua masakan Timur dan Barat dan tidak ketinggalan bahan-bahan untuk masakan seperti rempah ratus.

Bagi yang berminat untuk menikmati hidangan di Restoran MeatWorks dan ingin membuat tempahan bolehlah menghubungi talian 03-62030871.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: