
Pengarah urusannya, Kwon Jae Hoon berkata, Samsung yakin dapat mencapai sasaran agihan pasaran berdasarkan kajian dan ramalan, mereka menganggarkan pasaran kamera sistem kompak akan mencapai pertumbuhan global kira-kira 300 peratus pada tahun ini.
Menurutnya, barisan produk pengimejan digital yang diperkenalkan adalah model baru untuk separuh tahun kedua tahun ini iaitu model kompak premium Samsung MultiView MV800, NX200, WB750, ST96 dan Kamkorder SMX-F700.
“Samsung sentiasa berusaha memperkenalkan produk terbaik bagi memenuhi keperluan pelanggan. Matlamat kami adalah untuk sentiasa menjadi tonggak hadapan dalam inovasi kamera sistem kompak dan kompak digital.
“Kami yakin pengenalan produk baru ini dapat memacu matlamat kami untuk mencapai 15 peratus pasaran kamera pegun digital di Malaysia menjelang akhir tahu ini, sekali gus memenuhi sasaran pertumbuhan jualan lebih 35 peratus,” katanya semasa pelancaran barisan produk pengimejan digital Samsung di Kuala Lumpur, semalam.
Hadir sama, Ketua Pemasaran Unit Bisnes Pengimejan Digital Samsung Malaysia Electronics, Julian Thean dan Pengarah Jualan & Pemasaran Pengimejan Digital Samsung Malaysia Electronics, Hur Jin Hoe.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: