Wednesday, October 5, 2011

Ramainya artis lupa diri

Baru-baru ini Mangga Muda duduk melepak bersama beberapa rakan wartawan majalah hiburan popular. Majalah itu dapat sambutan sebab banyak wajah-wajah baru yang mereka perkenalkan. Walaupun ada artis yang belum teruji bakat lakonan mereka, majalah itu tetap memberi peluang. Yalah masa itu majalah lain serta wartawan hiburan di akhbar tidak pandang sangat.

Ramai artis terutamanya pelakon baru yang semakin hari semakin popular. Bukan nak kata kerana publisiti oleh majalah itu, tapi sedikit sebanyak ada juga sumbangannya. Publisiti mereka juga semakin banyak. Memang mereka sibuk dengan undangan berlakon di sana-sini. Alhamdulillahhlah kalau semakin popular. Tapi yang tak sedapnya, ramai yang mudah lupa jasa, bila nama mereka semakin popular.

Bila dah dapat peluang di banyak majalah, undangan pihak majalah yang pertama kali memilih mereka tidak lagi diendahkan. Agaknya mereka sudah fikir yang nama semakin popular dan tak mahu wajah muncul dalam majalah yang memuatkan banyak muka baru itu. Eeee... tak kenang jasa dan lupa daratan namanya itu. Rata-rata pelakon kekwat tu daripada kalangan pelakon wanita. Pelakon berangan namanya.

"Ramai juga pelakon wanita yang buat tak layan bila kami tanya pasal mahu merakam gambar mereka. Senyap sepi dan bagi alasan sibuk berlakon, tapi saya lihat ada juga masa mereka untuk tampil dalam majalah lain. Bukan nak mengungkit, tapi semasa mereka awal-awal jadi pelakon dulu, tak ada yang pandang pun. Kami yang banyak bagi peluang kepada mereka. Sekarang bila dah ada nama, mereka macam tak pandang kami lagi," kata wartawan majalah itu yang manja imejnya.

Ada juga yang terang-terang memberitahu orang lain yang mereka tak mahu lagi muncul dalam majalah itu. Alasannya tak diberitahulah juga. Agaknya pelakon-pelakon yang menyombong tu tak tahu hakikat bahawa majalah itulah yang paling tinggi jualannya berbanding majalah hiburan lain yang ada di pasaran.

Mangga Muda: Dah banyak artis lupa diri yang cepat lalui zaman kemuncak. Tiba-tiba sahaja hilang dari pandangan. Makanlah sombong itu ya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: