Wednesday, October 19, 2011

Proton komersial kereta elektrik menjelang 2013



Proton Holdings Bhd merancang mengkomersialkan kenderaan elektriknya pada 2013, bagi menam-pung permintaan yang semakin meningkat untuk kereta elektrik sepe-nuhnya di Malaysia.

Pengarahnya, Datuk Zainuddin Che Din berkata, kenderaan berkenaan kini dalam peringkat ujian.

“Pada masa ini, kami sudah menyerahkan tiga unit Proton Saga EV dan lima unit Proton Exora Range Extender EV kepada kerajaan untuk ujian.

“Dalam proses pengkomersialan kenderaan, kami merancang menyediakan sekurang-kurangnya 200 Range Extenders dan 150 Proton Saga EV kepada kerajaan menjelang akhir tahun depan,” katanya.

Zainuddin berkata, kereta berkenaan akan dijual pada harga yang kompetitif dengan nilai wang apabila dikomersialkan kelak.

Harga Proton Saga EV dijangkakan RM70,000 dan Proton Exora Range kira-kira RM100,000.

“Harga itu lebih rendah dan kompetitif bagi kereta elektrik penuh dalam negara,” katanya yang juga Pengarah Projek Jabatan Teknologi Hijau Proton.

Beliau berkata, bagi menampung keperluan kereta elektrik sebaik dikomersialkan kelak, Proton dan kerajaan kini menyediakan mekanisme bagi membangunkan infrastruktur pusat mengecaj kenderaan elektrik.

“Pada peringkat awal, stesen berkenaan akan didirikan di Putrajaya, Cyberjaya dan lokasi utama di Kuala Lumpur.

“Pada masa ini, beberapa stesen sudah disediakan di pejabatKerajaan,” katanya.

Zainuddin berkata, kerajaan mungkin membina 100 hingga 150 stesen.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: