LAKARAN persimpangan bertingkat yang bakal dibangunkan.
Pengurus Besar PKNS, Othman Omar, berkata persimpangan bertingkat sepanjang dua kilometer itu akan menghubungkan Lebuh Raya Persekutuan bermula di Plaza Tol Sungai Rasah dengan kawasan pembangunan Seksyen 7, Shah Alam.
Othman berkata, daripada anggaran kos pembinaan berjumlah RM58 juta itu, lebih RM40 juta akan dibiayai pemaju hartanah yang terbabit, manakala selebihnya oleh kerajaan negeri menerusi Perbadanan Menteri Besar (MBI).
“Kos yang dinyatakan itu tidak termasuk yuran akses dan kos penyelenggaraan,” katanya.
Projek yang dilaksanakan PKNS itu bakal memberi kesan positif kepada sosioekonomi penduduk di Seksyen 7 yang berkeluasan 670.8 hektar termasuk kawasan penempatan, kawasan perindustrian dan institusi pengajian tinggi.
Ia pada asalnya dicadangkan i-City Properties Sdn Bhd yang bertindak sebagai pemaju di kawasan pembangunan berhampiran Plaza Tol Sungai Rasah.
Apabila persimpangan bertingkat itu beroperasi, ia akan mengurangkan bebanan trafik daripada lebih 3,000 kepada 2,000 kenderaan sehari di sebahagian jajaran sepanjang Persiaran Kayangan, Persimpangan Permai, Lebuh Keluli dan Persiaran Bestari.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: