
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata, permintaan terhadap perabot Malaysia di negara dunia ketiga adalah tinggi kerana kualiti perabot yang bagus dan harga ditawarkan adalah rendah berbanding negara Eropah, tetapi saingan untuk memasarkan produk itu juga cukup hebat.
“Negara dunia ketiga sekarang ini sedang melalui satu proses di mana ekonomi mereka semakin membangun secara pesat dan permintaan terhadap produk perabot juga semakin tinggi. Walau pun para pelabur (perabot) Eropah adalah yang terbaik tetapi harga yang mereka letakkan terlalu tinggi.
“Kalau mereka (negara dunia ketiga) cari perabot yang sedikit murah dari negara lain yang mengeluarkan produk perabot, mungkin kualitinya tidak begitu baik tetapi di Malaysia, harga perabot yang ditawarkan berpatutan dan kualitinya juga bagus. Jadi, itu yang paling sesuai dengan mereka,” katanya selepas merasmikan My Kitchen Nasir Interior Decoration di Tanah Merah, Jitra Kedah semalam.
Beliau mengesyorkan supaya syarikat yang mengeluarkan produk perabot supaya menerokai peluang pasaran di negara dunia ketiga.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: