Sunday, October 9, 2011

Galak rakyat miliki kenderaan hijau

Proton Holdings Sdn Bhd (Proton) seiring dengan usaha kerajaan dalam memacu inisiatif hijau seperti dibentangkan dalam Belanjawan 2012, akan menggalakkan penerimaan pasaran dan menggerakkan rakyat untuk memiliki kenderaan hijau mereka sendiri.

Pengarah Urusan :Kumpulannya, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berkata, ini adalah titik positif mandangkan syarikat kini bergerak ke arah itu menerusi pembangunan kenderaan hijau, Saga EV dan Exora REEV.

“Kedua-dua kereta itu kini diuji atas jalan menerusi Program Ujian Fleet (FTV) Proton dengan kerajaan, Malaysia,” katanya dalam ke-nyataan, semalam.

Beliau bagaimanapun berharap, ia akan diikuti lebih banyak inisiatif oleh kerajaan bagi menggalakkan pembelian kenderaan seperti itu, termasuk langkah mengurangkan kos pemilikan dan memperoleh alat komponen berkaitan dalam negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa membentangkan Belanjawan 2012 di Parlimen kelmarin, mencadangkan pengecualian kepada import dan duti eksais sepenuhnya ke atas kereta hibrid dan elektrik akan terus diberikan kepada pemegang francais, bagi mempromosi teknologi hijau dan memastikan pembangunan mampan industri itu.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: