|
|
CORIANO - Beribu peminat berbaris dalam hujan demi memberikan penghormatan terakhir kepada pelumba MotoGP, Marco Simoncelli pada upacara khas di dalam sebuah teater.
Sebagai tanda penghormatan, di sebelah mayat pelumba Itali itu diletakkan dua motosikal. Salah satu daripadanya ialah motosikal yang memenangi kejuaraan 250cc pada 2008 dan satu lagi motor yang ditunggangnya pada musim ini.
Simoncelli disahkan meninggal dunia dalam selepas terbabit dalam perlumbaan Grand Prix Malaysia pada Ahad lalu ekoran kecederaan teruk pada dada, kepala dan leher.
Kemalangan itu berpunca daripada kegagalan Simoncelli mengawal jenteranya, sebelum dilanggar oleh pelumba Amerika Syarikat, Colin Edwards dan juara dunia tujuh kali, Valentino Rossi dari Itali.
Simoncelli baru berusia 24 tahun dan dianggap bintang dalam pembikinan MotoGP, dengan identiti rambut kerinting menjadi simbol kepada kebanyakan peminat sukan lumba motosikal.
Majlis pengebumian Simoncelli akan diadakan hari ini.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: