![]() baru dua tahun berkecimpung dalam dunia lakonan, Olivia sudah berlakon 7 buah filem Menjalani penggambaran di sekitar Sabah dan Jakarta, Indonesia, ternyata kedua-dua mereka Berjaya menghindari segala kekangan biarpun pada awalnya, kedua-duanya mengalami masalah untuk mencari keserasian dalam filem ini. Olivia Jensen Lubis atau mesra disapa, Olivia mengakui senang berlakon di sisi lelaki yang kini hangat digosipkan bersamanya di Indonesia, Kamal Adli dan mengagumi cara kerja yang dilakukan oleh keseluruhan produksi filem Gerimis Mengundang. “Saya senang bersama Kamal kerana dia sememangnya seorang aktor yang baik dan ramah. Dia orangnya kelakar, tetapi bila di dalam filem, dia berubah seratus peratus wataknya. “Saya menerima tawaran ini untuk mencari pengalaman baru dan ia merupakan salah satu jalan untuk saya masuk di pasaran Malaysia, ternyata usaha ini berhasil kerana saya dapat mempelajari banyak perkara tentang lakonan di sini. “Cara kerja di Malaysia dan di Indonesia juga jauh berbeza, jika di Indonesia kami bekerja dengan ramai krew produksi dari pagi hingga ke malam, tetapi tidak di Malaysia. Di sini tidak ramai krew, tetapi kerjanya pantas sekali. ![]() Kamal dan Olivia digosipkan bercinta “Saya juga selesa bekerja dengan Ahmad Idham kerana dia sangat terbuka, dia tidak meletakkan satu penghalang antara hubungan pelakon dengan pengarah, tetapi dia menjadi seperti sebahagian daripada kami dan sangat mudah untuk berbincang,”jelas Olivia. Bercinta dengan Kamal? Jika di Indonesia, heboh mengatakan Olivia sedang bercinta dengan Kamal Adli, Olivia pula menafikan tentang perkara itu. “Saya tahu di Malaysia, Kamal sudah mempunyai kekasih. Jadi mungkin gosip itu agak mengejutkan buat Kamal, dia mungkin tidak selesa dengan gosip sebegini tetapi bagi saya pula, saya sudah biasa dengan keadaan ini,”jelas Olivia yang biasa digosipkan bercinta dengan teman se-filemnya. Filem Gerimis Mengundang merupakan gabungan dua syarikat produksi tempatan, Excellent Pictures dan Erama.tv dengan kerjasama syarikat produksi prolifik dari Indonesia, Wana B Pictures. Ia mengisahkan Zamani (Kamal Adli) seorang juruterbang yang berkhidmat di Sabah Air, Kota Kinabalu telah bertemu dengan seorang gadis berasal dari Kota Jakarta, Mikha (Olivia), yang juga anak kepada Pak Harjo, Wakil Kedutaan Besar Republik Indonesia di sini.
|
Saturday, October 8, 2011
Olivia selesa bergandingan bersama Kamal Adli
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: