![]() Kamal dan Olivia bergandingan dalam filem Gerimis Mengundang Menghabiskan lebih kurang tiga bulan bersama dalam menjalani penggambaran filem Gerimis Mengundang ini, tidak mustahil jika ada sesuatu di dalam hati Kamal dan Olivia. Namun, perkara ini disangkal oleh Kamal dan mengakui dia masih setia bersama kekasihnya, Intan Ladyana dan apa yang digosipkan di Indonesia adalah khabar angin kosong sahaja. “Itu hanya permainan media di sana, sebelum mereka menayangkan apa-apa filem di layar panggung di sana, perlu ada cerita-cerita sebegini untuk menarik peminat datang menonton. “Tambahan pula mereka belum mengenali saya, jadi bila ada cerita cinta sebegini orang akan lebih mengenali saya di sana. “Ada baik dan buruk perkara ini berlaku, yang positifnya nama saya mula menjadi sebutan di sana, tetapi yang negatifnya, ramai di kalangan peminat dan keluarga saya bertanya adakah benar gosip itu berlaku. “Sewaktu cerita ini mula-mula keluar, keluarga dan Intan ada bertanya, tetapi bila sudah dijelaskan mereka faham. Saya tidak boleh menolak kerja media, itu tugas mereka jadi saya terima semua ini dengan baik,”jelas Kamal. Risau Sukar mencari keserasian bersama Olivia, ketika di awal penggambaran filem ini, Kamal bagaimanapun mengakui dia selesa bergandingan bersama wanita tanah seberang ini. “Memandangkan saya tidak mempunyai masa yang banyak sewaktu memulakan penggambaran ini, jadi saya tidak berkesempatan bertemu Olivia untuk mencari keserasian. Ini perkara yang paling merisaukan saya, lebih-lebih lagi dia masih berusia muda, saya bimbang akan menganggap dia seperti adik saya nanti. “Tapi Alhamdulillah, selepas bertemu dan duduk bersembang bersama, kami akhirnya berjaya mencipta keserasian itu,”jelas Kamal. |
Saturday, October 8, 2011
Kamal Adli nafi terjerat cinta lokasi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: