Saturday, October 1, 2011

Nabil Raja Lawak selamat bernikah

Dengan dua kali lafaz, pelawak yang juga pelakon popular, Ahmad Nabil Ahmad kini bergelar suami kepada Nazira Ayub selepas diijabkabulkan dalam sebuah majlis ringkas yang berlangsung di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya petang ini.

Nabil, 28, yang merupakan juara program realiti, Raja Lawak musim kedua dan pemenang tempat ketiga Maharaja Lawak ini dinikahkan kira-kira pukul 5.15 petang oleh Penolong Pendaftar Nikah Cerai Rujuk Wilayah Putrajaya, Mohd. Redza Ahmad berwalikan bapa pengantin perempuan Ayub Ahmad.

Nazira, 23, seorang peramugari menerima mas kahwin RM300 serta wang hantaran RM15,000. Dia juga menerima sebentuk cincin berlian berharga RM5,000. Pihak keluarga Nabil membawa tujuh dulang hantaran antaranya kasut, tepak sirih, playbook, alat solek, telekung dan set wangian.

Nabil segera nikah untuk elak cerita negatif.

Semoga rumahtangga berkekalan.

Nazira membalas sembilan dulang lantaran iaitu cokelat, kasut, PS3, Ipad, cupcakes,sejadah, cincin dan buah-buahan.

Detik bersejarah pasangan ini disaksikan kira-kira 200 tetamu termasuk ahli keluarga kedua-dua belah pihak serta kenalan rapat mereka.

Pasangan ini akan diraikan dalam majlis resepsi pada 2 Oktober ini di I-City, Shah Alam dengan tema fairy tales. Majlis itu dijangka akan menerima jemputan berjumlah 1,500 orang dan dikatakan menelan belanja sekitar RM150,000.

Ditemui selepas majlis berakhir, Nabil yang kelihatan gembira sebaik acara akad nikah selesai, melahirkan rasa syukur kerana hubungan mereka yang baru enam bulan usia itu berakhir dengan sebuah ikatan perkahwinan. Semua tahu Nabil pernah berkawan dengan artis lain yang putus sebelum ke jenjang pelamin.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: